TRIP KE PENANG!

16:27

Hello! I rasa macam lama tak update so entri I kali ni, I nak share trip I ke Penang (lagi) hahahaha. Kitorang bertolak dari KL dalam pukul 1 pagi dan sampai pukul 6.30. Yes, lambat sikit perjalanan ni sebab banyak persinggahan. Kitorang lalu jambatan first untuk ke pulau. Well, dulu I macam curious tau kenapa orang cakap KL ni tak tidur. Bila kitorang sampai je guess what memang town kosong dan semua kedai tak buka lagi! Kitorang memang mati akal lah, jalan je mana mana dulu untuk cari kedai. Yelah try imagine perjalanan beberapa jam tu dengan aircond sejuk, of course lapar! Dalam kepala memang just fikir, apa kedai first yang kitorang nampak, ha makan je.

So, our first place ialah Pelita Nasi Kandar. I macam halahh Pelita pun ada dekat KL! But dengan hati yang pasrah kitorang pun singgah lah. I just order roti canai je. Kakak I order nasi lemak. For me, nasi lemak dan sambal Pelita ni can be considered sedap. Then, kitorang pun tanyalah orang kiri kanan kitorang mana yang area Penang dah buka awal pagi. So, ada mummy ni (dia gelarkan diri dia mummy ok) bagilah few suggestions which is sangat membantu.

After settle makan semua, kitorang terus gerak ke Penang Hill. Time ni around 8am macam tu. Kitorang sampai ke Penang Hill dalam pukul 9am. Oh entri I sebelum ni I lupa kan price dia. Ok untuk dewasa (yang ada ic) RM10 dan kanak-kanak (yang ada ic) RM5 untuk pergi dan balik. Well, I pernah naik Penang Hill sebelum ni but yelah this time I pergi dengan kakak-kakak I, takkan I nak tunggu bawah kan hahahaa. Macam entri I sebelum ni juga, kitorang share makan Mango Ice dengan harga RM10. Korang bolehlah ke sini untuk tengok view Penang. Orang kata malam lagi cantik.

Lol kalau korang nak view ala ala overseas, boleh lah ke Penang Hill ni! 

Kitorang kena check in apartment pukul 2pm. Lama lagi kan. Sementara menunggu pukul 2pm, kitorang round Penang dan pergi lunch dekat Hameediyah. Feedback semua kata sedap. Ha time ni kitorang cari parking. Tanya orang, rupanya agak jauh. Then uncle tu tolong guide kan kitorang ke Hameediyah. Orang Penang semua memang baik dan sporting! Rajin je membantu orang luar ni. Ok nasi kandar dekat Hameediyah ni memang sedap dan tempat makan dia bersih dan puas hati. I masuk kedai ni from belakang lorong terus ke dapur. Memang puas hati tengok dapur diorang! Dikategorikan bersih juga.


(Source; http://www.kayabuttertoast.com)

Sorry, disebabkan terlalu lapar, gambar ni je I sempat ambil.

Lepas makan, kitorang gerak ke Bukit Gelugor untuk check in apartment. Apartment kitorang tingkat 29, yes paling atas. Alhamdulillah owner layan baik even hanya guide melalui whatsapp. Apartment bersih. Ada 3 bilik tidur. 2 bilik air. Kelengkapan yang cukup seperti microwave, fridge, kettle, pinggan mangkuk, sudu garfu. View from apartment pun cantik!

Ni view Penang dari bilik I.

Disebabkan kitorang tak tidur dari malam, masing masing decide untuk mandi, rest, tidur sekejap. Malam pula kitorang pergi ke Medan Renong Padang Kota Lama. Foodcourt dia ada variety of food. Yang paling penting, diorang asingkan non-halal section dengan halal section. I order pasembor yelah dah sampai Penang kan. Rugi tak makan pasemboq depa. Tapi nak order pasembor ni, korang kena pilih sendiri dan beratur. Selain itu, I pun order sotong kangkung dan char kuey teow. I suggestkan if nak makan sini, better korang bawa air siap siap. Service air tersangat lambat.

Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama.

Hussain Penang Pasembur.

So here we go, pasembur (RM18++), sotong kangkung (RM15), char kuey teow (RM7)

Selesai makan, kitorang pergi ke Batu Ferringhi. Orang kata souvenir sini berbaloi untuk beli. But yes memang murah murah. Korang boleh survey sebab memang kedai berderet dekat situ. Beca pun ada. Harga beca untuk berdekatan RM25, round Penang RM50 (larat ke abang ni nak bawa round Penang? >.<). Disebabkan kitorang mendobi, pukul 1.30 baru sampai apartment.

Day 2, pagi ni kitorang having a brekkie at Penang Road. Tapi breakfast kitorang agak lambat. Nak dekat pukul 11 baru breakfast. Mula mula kitorang nak makan tempat lain tapi terpaksa pusing jauh sebab tak dapat parking. Haaa masa mencari parking ni kitorang ternampak kedai Roti Bakar Hutton Lane. So, kitorang breakfast dekat sini. Service kedai agak laju even beratur untuk order. Menu yang disediakan seperti roti bakar, roti telur dan nasi dalca. Air kopi kedai ni pun memang padu!

Korang kena queue untuk order makanan.

So here we go. Untuk set roti bakar + telur half cook, set roti telur susu ni less than RM5.

So far air kopi dekat Penang ni semua sedap!

Next, kitorang berjalan di area shop lot berdekatan hingga lah ke Chowrasta untuk beli souvenir lagi. Dah penat berjalan, terasa nak basah kan tekak pula. Lagipun dah pukul 2 masa ni. Kitorang singgah ke Ais Tingkap. Kalau dekat pulau ni, semua tempat memang akan beratur! So, kitorang order cendol, sarbat sirap, air kelapa. Dan di kedai berdekatan juga ada jual pasembur, so kitorang order dua set.

Ais Tingkap.

I order sirap sarbat (if tak silap).

Pasembur kedai sebelah. Satu set RM5.




Look at the architecture and the culture. So nice!

Round area Penang lagi tapi kalini dengan menaiki kereta lah. Pukul 4, kitorang singgah ke Astaka Padang Brown. Yelah masing masing belum makan nasi. Basically Padang Brown ni ialah food court. Memang banyak gila makanan. I order sup ayam dengan urat. Makan dengan roti. Sup dia sedap but still tak boleh nak beat Sup Husin, Setapak. Then I order mi sotong. Tapi mi sotong dekat sini tak sesedap dekat Esplanade Padang Kota Lama. Mungkin if basah, ok kot.

Foodcourt Padang Brown.

Mi sotong RM5.

Malam pula, kitorang ke Penang Avatar. Masa lampu belum menyala, masing masing memang excited. But bila dah malam, alahai ini je ke lampunya? Sedih yang teramat. But if korang nak pergi, pergilah. Somehow siang lagi cantik dari malam. Kitorang pun pergilah dengan kekecewaan. Lepak dekat Padang Kota Lama. Lagi happening ok daripada Penang Avatar tu!

Day 3, kitorang breakfast dekat apartment je. Makan roti dengan sardin. Kitorang keluar lambat sebab nak check out. Pukul 1 baru dapat makan. Kitorang ke Ali Nasi Lemak. Tapi kitorang makan dekat tempat lain sebab food court tu semuaaa makanan cina. Ok bagi I nasi lemak dia biasa je. Sedap lagi nasi lemak yang I buat entri sebelum ni. Mungkin lebih dia sebab dia bungkus dengan daun pisang. Or mungkin sebab terletak dekat food court cina. Entahlah. Yang pasti memang mengecewakan!

Kedai Ali Nasi Lemak



Lepas tu kitorang mendobi baju lagi. Then pergi ke Museum Chocolate. Museum Chocolate ni free je nak masuk. Actually tak ada apa pun cuma yelah memang kitorang nak ke muzium tapi sebab kesuntukan masa, Museum Chocolate pun boleh lah kan. Last day ni, still cari souvenir. Around 5pm baru naik ferry.

Tadaa Museum Chocolate!

Just nice, view from ferry.

Sampai seberang, kitorang singgah ke Nasi Kandar Jamal Mohamed. Kali ni kitorang makan hidang. What I can say is nasi kandar dekat sini dikira sedap juga but I like if more spicy. So, itu sahaja untuk entri kali ni. I rasa panjang pula. Hope you guys enjoy!











You Might Also Like

0 comments