berbaloi ke beli steak mahal ni?

12:51

Hi! So entri kali ni I nak cakap about steak lagi. Berlainan dengan posting steak sebelum ni, steak kali ni boleh dikatakan steak yang quite fancy ya. Berbanding dengan posting sebelum ni, mostly steak boleh dapat dekat tepi jalan, kedai tomyam etc. Korang boleh lah nilai sendiri mana yang lagi berbaloi untuk pergi.

1) Kim Kee Nasi Ayam Hailam

Chicken Gordon Bleu (RM26.00)

Aust Ribeye (RM34.00)

Dengar nama kedai dan condition kedai, jangan terkejut ya. Kedai nasi ayam ni basically jual nasi ayam dan western food. Located dekat area foodcourt. Janganlah menilai dulu. Steak dia memang puas dan berbaloi. Boleh request juga nak cara masak steak macam mana. Bagi I memang puas hati! Untuk chicken gordon bleu tu, sos dia memang lain dari yang lain. Sedap!!

Location : 1, Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor  (Waze je)
Operation hour : 10.30am - 10pm, dibuka pada hari Isnin - Sabtu

2) Jahhet

Striploin (RM46.40)

Ribeye (RM48.80)

Salted Crab Pasta (RM29.00)

Korang kena pilih steak macam mana yang korang nak. Semua steak steak tu ada harga. So boleh bajet sendiri. Salted Crab Pasta dia memang paling sedap! Steak, tak perlu cakap lah kan kalau harga pun dah macam tu. Tapi bagi I sos dia agak masin but overall ok lah.

Location : Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor  (Waze je)
Operation hour : 12pm - 10.30pm, dibuka pada setiap hari (kecuali Jumaat 3pm - 10.30pm)

3) Menate


Striploin (RM86.40)


Penny Pesto (RM22.90)

Overall makanan sini quite ok lah. But I lagi prefer steak steak dekat tempat lain yang I pernah post sebelum ni click sini. Ok itu je lah entri I kali ni. If korang ada idea atau tempat tempat best yang nak suggest, boleh lah direct email I ya.

Location : C-01-02 & C-01-03 StarParc Point, Jalan Taman Ibu Kota, 53300, Kuala Lumpur  (Waze je, ada banyak branch)
Operation hour : 11am - 11pm, dibuka pada setiap hari (kecuali Jumaat 3pm - 11pm)


You Might Also Like

0 comments