Hai! Last week I ke Ipoh dua hari satu malam. Niat di hati hanya lah untuk makan sahaja hahaha. So I akan share dulu accomodation I dekat sana. We checked in at DWJ Hotel, hotel pun alhamdulillah dekat dengan semua tempat yang kitorang nak pergi. Which is mean hotel to memang in the center of the town. Hotel ni booking dekat www.agoda.com je. Untuk satu malam RM100.30. Quite affordable lah untuk I since kami pun tiga orang dan kalau dibahagikan dengan tiga kan. Parking pun senang! Cuma hotel ni tak ada lift dan kami di second floor.
So... inilah dia. Ada double bed and single bed. Sesuai lah untuk kami bertiga.
Bilik air pun bersih. Complete dengan water heater.
Dalam bilik ni juga ada tv, air cond, meja, kettle. Wifi juga ada ya di hotel ni.
Tadaaa.. almari pun disediakan dan cermin untuk bersiap (almaklumlah kami semua perempuan, wajib lah ada cermin untuk bersiap)
Okay, settle bab hotel. Kami gerak dari KL around 7.30 - 8.00 pagi macam tu. Sampai dalam 10 (mungkin). Masing masing kelaparan so kami terus direct hunting tempat tempat makan yang menarik dekat sini. Since kami belum breakfast, kami pergi Restoran New Hollywood. Konsep kedai yang sama kalau dekat KL ni dekat aunty gemuk char kuey teow. Memandangkan hari cuti, biasalah kan akan ramai orang, meja susah nak dapat. But so far service dan makanan semua sedap.
Bila membeli mengikut nafsukan... Macam 20 orang makan hahaha
Oppss! Ambil gambar dengan artis jap. According to the owner kedai, kucing ni famous dekat area sini.
Lepas je makan, kami direct ke Tasik Cermin. I dulu study dekat Seri Iskandar, so idk lah dah ke berapa kali dah ke sini. Macam sebelum ni, korang boleh parking betul betul dekat dengan entrance masuk tasik cermin tu but now korang kena parking dekat bawah dan berjalan untuk ke situ. Quite challenging sikit lah sekarang ni lol.
Tengoklah keindahan Allah swt ni. Masya-Allah. Still speechless tiap kali masuk sini.
Dah ke sini, wajiblah bergambarkan hahaha
Lepas settle bergambar dekat tasik cermin, kami singgah lah ke black whale pula untuk basah tekak. Nak makan lunch, rasa kenyang lagi. So duduk lah melangok dekat black whale kejap sementara tunggu masa untuk check in hotel. Lepas check in, kami rest kejap, mandi semua untuk sambung next food hunting!!! Yeah! Dalam pukul 4 kami keluar hotel, pekena nasi dekat Restoran M Salim. Kami agak kecewa sikitlah sebab banyak makanan habis. Yelah sebab lambat kan. Then berjalan area Plan B sekejap.
Basahkan tekak lagi di hokkaido ice cream puff
Hokkaido Ice Cream Puff ni pun dekat dengan gerbang malam so kami pun berjalan lah sekejap dekat area sini. Tapi sebab macam awal lagi, banyak kedai tak buka. Kami pun tunggulah masa untuk dinner. Dinner kami makan di Konda Kondi Cafe. Kami datang pun kedai dah penuh. Servis pun agak slow juga sebab ramai mungkin....
I order pasta and pasta I agak pedas pula. Dah lah perut start buat hal. But harga sini affordable. Repeat? No. Servis slow :(
Lepas makan, Kami sambung jalan lagi di Gerbang Malam. Sesi membeli souvenir lol. Kedai pun still tak banyak buka lagi sebab hujan renyai renyai gitu. Tak ada idea, singgah lah bundle sekejap. Dapat juga lah kasut yang berkenan di hati. Then terasa still awal sangat nak balik hotel, so decision demi decision, dapatlah idea pergi karaoke.
Keesokannya, kami check out awal sikit dalam 11 (mungkin). Then terus pergi makan nasi ayam dekat Ipoh Hainan Chicken Rice. I pernah makan juga dekat sini sebelum ni. Memang puas hati dan tersangat berbaloi! Wajib order deep fried tauhu with oyster sauce! Sedap gilaaaa!!!
Terkecur pula air liur tengok.
Then sebelum balik KL, singgah pula makan dimsum dekat Canning Dimsum. Betul betul dekat dengan new hollywood tu.
Cute kan dimsum dia? Sayang nak makan.
Pau salted egg yolk is a must okay!
So itu je lah tempat makan yang sempat diterjah. Next trip nak makan mana pula ya?