PERALATAN DRAWING STUDENT ARCHITECT
11:11
Peralatan yang student course landscape architecture perlu ada :-
1) T-square
Harga di kedai dalam rm60-100 untuk ukuran 1 meter.
T-square
2) Scale ruler
Mempunyai bermacam jenis scale daripada scale besar ke kecil. Harga lingkungan rm20-50 (ikut jenis brand)
Scale ruler
Fan scale ruler
3) Set square @ Adjustable set square
Mempunyai pelbagai jenis pilihan set square di kedai mengikut brand. Harga bermula dari rm20-60. I pakai brand rotring dalam rm45 kot lol sebab I ingat memang wajib pakai tu that's why I beli yang tu.
Set square
Adjustable set square (pricy but easy to use)
4) French curve
Untuk membuat curvy design. Harga di kedai rm15-20.
French curve
5) Circle template
Dalam course landscape architecture sangat diperlukan untuk membuat pokok. Harga bawah rm10.
Circle template
6) Jangka lukis @ compassos
Non compulsory. Tapi masih diperlukan (mungkin) di dalam construction drawing.
Compassos
7) Pisau @ cutter
Untuk mengasah pencil dan memotong mata pen. Selain itu, untuk memotong kertas.
Cutter
8) Cutting mat
Cutting mat ialah untuk mengalas kertas masa nak potong kertas. Ini untuk mengelakkan cutter tumpul. I beli size A3 je, harga tak ingat sebab I share duit dengan kawan.
Cutting mat
9) Pen
Student mestilah mempunyai pelbagai jenis ketebalan pen. I guna artline dan unipin atau ada yang mampu bolehlah beli rotring technical drawing pen harga dalam rm200-300. Penting semasa membuat technical drawing!
Artline pen (either this color; grey or black is the cheapest one)
Rotring technical drawing pen (not compulsory just in case you have a lot of money then go and buy oh technical pen ni really good when using tracing paper)
10) Pencil
Sama seperti pen, mestilah mempunyai pelbagai jenis ketebalan pen. I beli faber castell hijau je.
Pencil (Faber castell; green color and staedtler; blue color is recommended)
11) Colour
Terpulang kepada kemahiran student nak gunakan colour pencil, colour air atau kurecolor. Harga lingkungan dalan rm10-15 untuk sebatang kurecolor. Tapi kalau nak murah lagi, beli je marker dekat Yubiso. Ada macam macam colour, quality pun ok.
Kurecolor (beli yang ni sebab boleh refill)
Color pencil (Faber castell and luna is recommended)
12) Masking tape
Kegunaan masking tape adalah untuk lekatkan hujung paper di meja supaya paper tak bergerak dan ukuran pada lukisan tak lari. Wajib lekatkan ok!
Masking tape (I punya selalu hilang dekat class so kena standby lebih -,-)
13) Cartridge paper @ drawing block
Mempunyai banyak jenis ketebalan dan size. Lagi tebal, lagi bagus. Kenapa I cakap macam tu? Supaya lukisan tak kembang semasa melukis.
Cartridge paper (available in various of size)
14) Butter paper @ butter pad
Bukan untuk masak cake tau! Butter pad kebiasaannya digunakan untuk crit (critic) dengan lecturer. Mempunyai pelbagai jenis size. Selain itu, boleh digunakan untuk trace something.
Butter pad (available in various of size)
15) Tracing paper
Tracing paper selalunya digunakan untuk construction drawing. Kualiti paper pula jenis cepat kemek dan tak cantik bila terlipat. So, korang kena roll sahaja.
Tracing paper (usually use for construction drawing)
16) Drawing folder
Folder untuk simpan drawing. Harga dari rm15 ke atas.
Drawing folder
Carry case folder but kitorang panggil bazooka lol patutlah I beriya google tak jumpa. Student ramai prefer yang ni sebab easy to carry and murah but ada certain lecturer tak suka drawing paper di-roll.
0 comments