CARA APPLY UPU DAN SESI INTERVIEW UITM

10:27

Hi dan Assalamualaikum everyone. Tiba tiba terasa nak update untuk hari ni. Since SPM pun nak dekat, so I nak share about cara apply UPU. Btw, good luck for those SPM candidates! Anything happens just trust me you just need doa, usaha dan tawakal kepada Allah SWT. Insya-Allah.

(Source; google image)

So here we go. I nak explain cara apply UPU. For pelajar lepasan SPM, diploma, matrikulasi, STPM dan sebagainya, korang mesti dah tak sabarkan untuk further study? Cara nak apply senang je, firstly korang kena beli number pin dekat mana mana cawangan BSN. Pergi ke kaunter tu dan cakap je yang korang nak beli number pin UPU. I tak sure harga berapa sekarang but maybe less than rm20. But if korang malas nak queue, boleh je beli dekat ATM BSN. Korang pun kena alert about number pin tu. Contohnya, if korang lepasan SPM so korang kena beli lepasan SPM. But selalunya if beli dekat kaunter, staff tu akan tanya lah. Number pin tu korang hanya boleh guna sekali je. So, jangan gatal tangan tunjuk number pin korang dekat orang lain. Kang kena beli lain pula.

Next step, korang boleh lah register online bila UPU dah buka. This time pun korang kena take note juga tarikh tarikh UPU buka. Takut terlepas, rugi masa. Untuk apply, click here

Last step ni ha korang boleh lah apply mana mana course yang korang nak. Apply course yang betul betul korang nak jangan ikut kawan. Nanti dah dapat, korang tak boleh nak carry, rugi. Then time apply nanti korang akan perasan ada course yang ada # which is means course ni ada interview. Selalunya course art yang ada dekat UiTM. Kalau tak silaplah. Course ni akan ada interview then korang kena tunggu sama ada korang layak tak untuk course yang korang apply. Please double check application korang. Tanya sesiapa about course yang korang nak apply tu then baru submit.

(Source; google image)


So, settle lah about UPU. Now I nak share about course yang ada interview ni (UiTM). Korang kena check dekat UPU website click here whether korang dapat interview ke tak. Since I pun apply course yang ada interview ni, I nak share sikit lah macam mana prosesnya. Kalau boleh hari interview ni korang datang lah awal so that korang takkan tunggu lama. Pakaian pula eloklah if perempuan, pakai baju kurung. Lelaki, pakai kemeja dengan tie. Kemas kemas sikit sebab first appearance orang tu penting. Then before hari interview tu, tolonglah buat research about course yang korang apply. Senang nanti bila nak explain dekat lecturer tu. Kalau sekolah dulu korang ambil drawing course, boleh lah bawa drawing korang. Kalau tak ada pun tak apa (sebab I pun tak ada).

(Source; google image)


Hari interview tu, korang pergi ke tempat yang diorang stated dekat offer interview tu. Photostate lah dalam 2 copy offer tu. I tak ingat gambar passport kena ada ke tak. Tapi biasanya dalam offer tu dah ada apa yang perlu bawa. Alat drawing such as pencil, eraser, pen (ni wajib ada). Korang pergi ke tempat registration tu, bagi offer letter. Then tunggu lah korang dapat sesi berapa. That's why korang kena awal, sesi interview ni berperingkat. If sesi korang dah dipanggil, korang kena queue dan diorang bawa ke dewan kuliyyah. Ok dekat sini korang kena lukis apa yang ada dekat depan ikut angle mana korang duduk. Masa sejam tak silap. Lepas habis masa, baru lah korang dibawa untuk interview ikut course korang apply.

While waiting for masuk bilik untuk interview tu, bolehlah nak buat research ke doa ke hope lecturer yang korang dapat ni tak garang hahahaha. Interview pula korang kena speaking. But time I, I cakap in malay je lol orang sebelah I speaking gila gila. Takut juga in case tak lulus interview ni. Ha korang kena tunjuk drawing yang korang buat tadi. Lecturer tu akan menilai based on drawing and knowledge yang korang tahu about course yang di-apply. Lepas habis interview, boleh balik. Kira kerja korang part ni dah settle. Tunggu kerja lecturer tu pula sama ada nak accept or reject korang. Result untuk tahu korang diterima atau tak, kena tunggu lah. Tak silap dalam dua minggu. Diterima atau tak, belakang cerita at least korang dah berusaha. Ingat, nothing matter, usaha dan tawakal. Nanti ada masa I update about my course☺️

(Source; google image)

You Might Also Like

0 comments