MENDERMA DARAH

09:06

I dah buat entri kelebihan menderma darah sebelum ni, so now I nak cerita experience I. First time I derma darah masa I dekat perak. Ada macam booth derma darah tu, datang universiti I. I memang dah lama teringin nak menderma tapi takut. Orang cakap sakit lah jarum besar lah apa lah. But I gagahkan diri juga pergi. Then now I just derma dekat Pusat Darah Negara (PDN) je.

Ok mula mula korang kena isi form yang diorang sediakan. Mana mana tempat pun macam ni juga. Kalau ada buku derma darah, bawa sekali. Lepas tu staff akan check blood pressure, berat, darah jenis apa (ha masa ni lah korang boleh tahu korang darah apa). Untuk check darah, staff tu akan cucuk hujung jari korang (rasa terkejut dan sakit sikit).

Contoh buku derma darah @ buku merah.

Then korang akan ke bilik (kalau dekat pusat darah) atau ke meja lain (booth) doctor akan tanya soalan macam korang cukup tidur tak, sihat tak, dah makan ke belum dan sebagainya. Dah settle, korang boleh lah start menderma. Bagi I, derma darah ni actuatlly tak sakit sangat even ye memang jarum dia besar. Actually memang tak rasa sangat pun. I rasa part nak check darah kita jenis apa tu ha lagi sakit. Mungkin kena betulkan mindset korang juga. If korang dah set kan otak korang yang menderma darah ni sakit, so sakitlah. Lol.

Tapi trust me, once korang dah start menderma, korang akan rasa addicted. Rasa nak menderma lagi. Dia punya kepuasan memang lain. Habis menderma, staff tu akan bagi korang makanan free. If dekat booth biasanya diorang akan bagi air milo kotak dan biskut. I derma dekat PDN, dapat air milo panas, mi goreng @ nasi goreng @ nasi lemak @ mihun goreng @ kuey teow goreng, buah. Dan korang akan dapat juga ubat (iron tablet tak silap) untuk tambah darah.


You Might Also Like

0 comments