10 NASI LEMAK SEDAP DI KUALA LUMPUR

09:34

Hai! Entri I kali ni, I nak cerita mana nak dapat nasi lemak sedap area KL ni. Since kita ni rakyat Malaysia, tipulah korang tak tahu kan apa tu nasi lemak. Plus nak cari nasi lemak ni pun senang sekarang. Bukan waktu pagi je, even malam pun ada yang menjual lagi. Selalunya nasi lemak ni kesedapan dia terletak pada sambal. Kalau sambal spoil, spoil lah semua. Tapi sambal tu mestilah masuk bila makan dengan nasi, lauk dia. Nak lagi sedap, hidang pula dengan daun pisang. Huish kecur air liur. So, I nak share mana nasi lemak sedap berserta location. Insya-Allah.

(Source; https://aromasian.com)

1. Nasi Lemak Ujang

Nasi lemak ni ada 2 cawangan (kalau tak silap). Sedap dan I sendiri pun banyak kali repeat. Harga kira berbaloi juga dengan kesedapan dia. Operation hour dia dari pukul 6.00pm - 2.30am (tapi sebenarnya diorang meniaga sampai habis je. Before 1pagi pun dah habis)

i) Gerai MPS, Gerai Taman Greenwood, Jalan Batu Caves, Taman Greenwood
ii) Jalan 2/16, Dataran Templer, Selayang (ni dekat dengan MPS Selayang)

2. Nasi Lemak Saleha

Ok nasi lemak ni pun sedap. Yelah if tak sedap buat apa I nak recommend lol. Rendang ayam memang paling power! Operation hour dia I tak pasti tapi tak silap pagi pun diorang dah buka dan sampai malam. Berlokasi di :-

i) Pusat Perindustrian Sri Rampai, 8, Jalan Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, KL
ii) Jalan Wawasan 2/10, Bandar Baru Ampang

3. Nasi Lemak Abang Black

Nasi Lemak ni pula famous dekat area Kepong. Ia dijual dengan harga rm1 je serious murah. Semua dah siap bungkus sekali dengan daun pisang. Location dia ni banyak sangat. I pun tak tahu nak explain. Google je ok. Oh ya nasi lemak ni beroperasi pagi je. If korang cepat, dapatlah merasa.

4. Nasi Lemak Bumbung @ Nasi Lemak Babi

Hahaha I mesti tahu korang takut nak makan sini. Ok nasi lemak ni halal. Nasi lemak babi ni diorang bagi nama sebab dekat dengan kedai cina. Service diorang memang tiptop. Korang duduk, order, tak sampai 5 minit makanan sampai. I pernah tanya kenapa nama kedai ni nasi lemak bumbung tapi tak ada bumbung. Then staff dia cakap memang lah tak ada bumbung sebab langit tu bumbung Allah. Kedai ni beroperasi pada waktu malam. Kedai ni dekat belakang lorong kedai, so korang jangan terkejut eh. But even belakang lorong pun, still ramai orang datang.

i) Jalan 21/11b, Seapark, Petaling Jaya

5. Nasi Lemak Tanglin

Nasi lemak ni beratur time order. Memang ramai sebab kedai ni famous since dulu lagi. So korang kena bersabar sikitlah. Lauk yang famous dekat sini, sambal sotong. Operation hour not sure tapi I pergi pagi dah buka.

i) 6, Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendarasi, KL
ii) I tak pasti ada cawangan lain ke tak. Tapi rasanya ada. Korang google lah

6. Nasi Lemak Angah

Beroperasi di pasar pagi dan nasi lemak memang ternyata sedap. Pekerja yang mesra. Jangan terkejut sebab kedai ni dikelilingi dengan kedai bukan non-muslim. Harga yang berpatutan sesuai dengan kesedapannya.

i) Pasar Batu 2 1, 2 Jalan Sultan Azlan Shah, KL

7. Nasi Lemak Wanjo

Beroperasi di kampung baru. I makan sekali je sebab harga dia agak fancy sikit bagi I. Tak tahulah staff dia silap kira ke apa. Tapi sedap. Nasi lemak ni lagi sedap daripada nasi lemak antarabangsa. Ok I cakap lagi sedap doesn't mean that nasi lemak antarabangsa tu tak sedap. Kenapa I tiba tiba cakap nasi lemak antarabangsa? Sebab kedai dia sebaris je.

i) 8, Jalan Muda Musa, Kampung Baru

8. Nasi Lemak Antarabangsa

Ramai tahu about kesedapan nasi lemak ni. So, I malas nak describe lebih lebih.

i) 8, Jalan Muda Musa, Kampung Baru

9. Nasi Lemak CT Garden

Kedai yang berdekatan sekolah dan beroperasi diwaktu malam, ternyata Nasi Lemak CT Garden ni masih mampu hidup ditengah-tengah KL dengan berbekalkan harga hanya rm1 sebungkus (nasi lemak biasa). Wah gitu! Ok nasi lemak ni korang kena beratur, order berapa bungkus korang nak. Then terpulanglah nak tambah lauk apa. Jangan ambil banyak sangat lauk tu. Kang menangis pula tengok harga dia. Port diorang memang best untuk lepak. Memang tiap tiap malam akan ramai orang lepak situ.

i) Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL

10. Nasi Lemak Royale Kedah

Nak kan kelainan rasa nasi lemak? Boleh lah try makan dekat sini. Orang kata sama sedap dengan dekat Alor Setar. Nasi lemak ni macam ala ala nasi kandar lah. Nasi dia warna kuning then lauk lauk pun memang sama dengan nasi kandar. Memang tak rasa nasi lemak pun hahaha I tak tahu kenapa panggil nasi lemak. Tapi memang sedap!

i) 8500, Jalan Ampang Putra, Kampung Pandan Dalam, KL

Location tu semua based on mana yang I tahu. If ada cawangan lain tu, sorry sebab tak state kan. So far itu sahaja yang I rasa sedap dan sesuai dengan tekak I. Korang tak percaya, boleh try. Nanti I update lagi port makan mana best. Korang boleh lah comment korang nak makanan macam mana. If I tahu, I recommend. Dan korang boleh juga comment untuk suggestkan mana nasi lemak yang sedap korang pernah rasa.

You Might Also Like

1 comments

  1. ye saya pun suka sangat makan nasi lemak angah tu... dulu ada dkt bazar ramadan bb... memang q je memanjang

    ReplyDelete