14 TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

09:26

Hello and Assalamualaikum semua. Korang mesti macam ala asyik entri makanan je. Hmm sebenarnya I memang nak buat blog untuk makanan je since I ni food hunter. I try makan semua tempat from many recommendations. If sedap, I share lah dengan korang. Kalau tak, sorry mungkin tekak you tak sama dengan I. So kali ni I nak share makan dekat tempat makan yang sesuai untuk lunch atau bila bila (ikut korang dan operation hour kedai tu).

1. Restoran Raso Omak Den

For those who like masak lemak cili api so bad, korang boleh lah try makan dekat sini. Memang ada pelbagai jenis masak lemak dari ayam, daging, ikan, siput, ketam, perut dan sebagainya. Ada pula yang ada rebung, belimbing buluh etc. Itu yang jadi pembuka selera tu. Concept yang digunakan ialah self-service. Biasalah kan kedai nasi campur macam ni.  Dibuka dari pagi hingga 6 petang.

i) 318, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, KL

2. Itik Salai Mastar

Keunikan kedai ni ialah diorang jual itik salai. Makanan yang disediakan cuma masak lemak cili api (tapi kadang kadang diorang ada sediakan rendang itik). Ada itik salai, keli salai, ayam dan daging. Diorang pun ada sediakan ayam goreng in case ada yang tak makan pedas. Pada sesiapa nak rasa originality masak lemak, boleh lah singgah. Sedap dan pedas dia memang padu beb! Kalau taknak makan masak lemak, boleh ke kedai lain sebab diorang macam ala ala food court. Tapi memang ramai dekat sini. Mohon bersabar.

i) Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor (dekat restoran adik kalau tak silap)

3. Restoran Sambal Hijau

Restoran ni memang famous dari dulu. Bukan setakat masakan lemak cili api je diorang sediakan. Ada juga lain lain contoh sup tulang, ikan bakar, sayur campur etc. Harga berpatutan.

i) 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, KL

4. Nasi Ayam Hainan

Menu simple dan tempat dia biasa biasa je tapi orang tetap ramai! Dengar cerita owner kedai ni chinese muslim. Nasi ayam dia memang sedap!

i) Medan Selera Taman Melawati

5. Ikan Bakar Mak Teh, Pasar Dato' Keramat

Tiba tiba nak makan ikan bakar panas panas? Korang boleh datang makan dekat sini. Pelbagai jenis ikan disediakan. Korang order je. Kuah asam diorang memang betul betul padu. Pedas! Customer diorang memang ramai. Kena awal lah. If during lunch hour tu tak payah cerita, tak ada tempat nak duduk. I suggest kan kalau korang ramai, tapau je bawa balik. Sebab memang susah nak dapat meja.

i) Pasar Dato' Keramat

6. Muhibbah Seafood

Amboi muhibbah sangat lol. Kalau korang teringin nak makan masakan thailand, boleh lah singgah. Kedai yang selesa dan besar. Puas hati!

i) Lot 2851, Jalan Seri Penchala, Kampung Penchala, KL

7. Ayam Gepuk Pak Gembus

Kedai ni asalnya from Indonesia. Keunikannya terletak pada sambal. Sambal ni korang boleh pilih level kepedasan dia. Ada yang makan sampai 100-200 biji cili. Tapi korang memang kena beratur panjang dan tunggu number korang. Memang lama. I hari tu sejam lebih tunggu. Then second time tu sekejap je. Tak sampai setengah jam dah siap. Tapi bila korang rasa, memang tak sia sia tunggu. Sedap dan pedas! Kerangupan dari cili, kacang tu memang puas hati! Korang kena follow ig (@ayamgepukmalaysia) kalau nak tahu ada lagi ke tak.

i) Kompleks Renang Seri Siantan, Taman Selayang, Batu Caves, Selangor
ii) Rasta, TTDI, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, KL
iii) Jalan Gombak, Batu 5, Seberang Pasaraya Ong Tai Kim, KL
iv) 2054-1, Jalan Datuk Keramat, Datuk Keramat, KL

8. Ayam Bakar Wong Solo

Rasa original Indonesia. Sedap tapi harga disini quite fancy. Tapi service elok. Diorang ada ayam bakar, ayam penyet dan sebagainya.

i) 57, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, KL
ii) Ada cawangan lain (korang google eh)

9. Bert's on Wheels

I makan dekat Food Truck TAPAK Urban KL je. So pilihan hanya ada dua, chicken butter dengan sotong salted egg. Salted egg dia memang terasa! I rasa mungkin best seller kot. Rasa dua dua memang sedap! Puas hati. Kalau dekat food truck ni sepinggan rm10, if dekat kedai dia I tak sure.

i) TAPAK Urban, KL (follow ig dia kalau nak tahu bila diorang ada)
ii) Lagi satu dekat Shah Alam I tak pasti dekat mana

10. Dolly Dim Sum

Restoran ni memang famous. Ada banyak jenis dim sum. I paling suka diorang punya custard bun! Sedap sangat. Ok custard bun ni ialah pau berintikan custard kuning telur masin. Korang wajib try yang ni. Tapi agak mahal sebenarnya.

i) Avenue K
ii) Sunway Putra
iii) Yang lain korang google hahahaha

11. My Dim Sum

Nak ke Dolly Dim Sum tapi mahal? Korang boleh ke My Dim Sum. Tapi custard bun diorang tak sesedap Dolly. Tapi bagi I still sedap, sesuai dengan harga.

i) Setapak Central

12. Mohd Chan

Dulu nama restoran diorang adalah Abdullah Chan tapi dah direplace. So siapa yang nak makan chinese food halal, boleh lah ke sini. I selalu order loh mee sup. Memang sedap. Oh ya sini pun korang boleh order dim sum. Diorang ada banyak branch, korang google eh.

13. Homst

Lagi satu kedai chinese food halal. Ni pun korang google eh mana yang ada. Sebab tak silap diorang ada banyak branch.

14. Restoran Murni

Ada yang nak makan steak tapi dalam masa sama nak makan nasi? Nak makan spaghetti dengan chicken chop? Nak makan lamb chop tapi member nak makan nasi? Korang bolehlah makan dekat sini. Ada pelbagai jenis hidangan. Sedap! (tapi sebenarnya tengok branch mana juga sebab I pernah dekat branch lain, too oily). Yang menariknya ialah nama air diorang sampai rasa malu nak sebut dekat waiter tu lah hahaha. Kalau nak tahu, try lah datang. Korang google je sebab diorang banyak branch.

You Might Also Like

0 comments