UITM SERI ISKANDAR, PERAK BERHANTU?

15:06

Since I'm currently study in UiTM Seri Iskandar, I nak cerita macam mana surrounding UiTM ni. Lol bukan cerita hantu ok just surrounding je. I malas nak cerita bab hantu ni sebab if ikut common sense, semua tempat memang ada hantu. Cuma bagi I, if mindset kita cakap ada hantu, ada lah. So, UiTM Seri Iskandar ni salah satu UiTM terbesar selain UiTM Shah Alam. Basically, course yang ada dekat sini ialah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) dan Fakulti Senibina, Perancang dan Ukur (FSPU). So, welcome to UiTM SI!

(Source; google image)

I teruskan dengan topik I. Hostel yang disediakan untuk pelajar perempuan ialah Kolej Indera Sakti (KIS), Kolej Cempaka Sari (KCS) dan Kolej Indera Mulia (KIM). Manakala pelajar lelaki Kolej Pasir Salak (KPS) dan Kolej Indera Mulia (KIM). Eh KIM ada lelaki perempuan? Iya. Tapi jangan risau. Kolej lelaki berada di depan dan kolej perempuan tersangat lah jauh di belakang. Untuk student lelaki yang duduk di KIM ni beruntung berbanding perempuan sebab block lelaki dekat dengan pelbagai facility, contoh, pusat pentadbiran, ATM, bus stop, unit kesihatan dan sebagainya.

Ok I duduk di KIM. Kalau block KIM lelaki ialah Teratai 1 dan Teratai 2. Manakala block perempuan ialah Cempaka 1, Cempaka 2, Melati 1, Melati 2, Kekwa 1 dan Kekwa 2. Sepanjang I dekat UiTM, block yang I dapat ialah Cempaka 1. Ok sebenarnya masa sem 2 I pernah dapat block Melati 1 tapi I dengan roommate yang lain minta tukar bilik sebab jauh gila dari studio kitorang (suka hati je alasan ni kan). Cempaka 1 ni betul betul dekat dengan dewan makan. So korang tak ada masalah 'malas' nak turun beli makanan. Memanndangkan kolej kolej dekat sini kolej lama, tandas semua dekat luar. Hello! Ni bukan UiTM Shah Alam ok ada apartment semua. Korang akan rasa feeling duduk asrama sekolah gitu hahaha. Lol padahal first time sampai pun I tak boleh nak accept hostel macam tu! Rasa nak menangis. Yelah sebelum ni kakak I cerita apartment lah apa lah (sebab dia study dekat UiTM Shah Alam so dia tak tahu UiTM lain macam mana).

So satu bilik biasanya menempatkan seorang hingga empat orang. Nak kata besar, tak adalah besar mana tapi bagi I cukup lah untuk I dengan roommate I buat drawing. Itupun nasib ada dua orang je studio base dalam bilik. Kalau tak lagi serabut hahaha. Kemudahan bilik bagi I cukup. Ada meja, kerusi, lampu, kipas, almari, locker (untuk 2-3 orang sebilik), katil double decker, katil single (untuk 2-3 orang sebilik). Kalau ada sebarang kerosakan, korang refer je pejabat korang. Nanti staff situ akan tukar. Tandas pula satu floor tu ada dua bahagian. Kira korang tak ada lah nak berjalan jauh then nak kena berebut lagi. Kemudahan lain yang disediakan ialah laundry room berbayar, harga dalam rm2.50 (yang biasanya disediakan di tingkat 1), coway di ground floor, vending machine dan beberapa table and benches untuk korang yang nak ambil mood drawing dekat bawah. Laundry room ni korang mungkin akan berebut sikit pada hari khamis, jumaat, sabtu, ahad. Sebab washer yang disediakan hanya dua je untuk satu block. Itupun depends lah if washer lagi satu tu rosak, jawabnya better cuci baju pakai tangan lah daripada menunggu lama.

Then kemudahan lain, UiTM ni berdekatan dengan Billion, Tesco, Econsave so korang bolehlah beli barang dekat sini. Barang keperluan lain habis pun boleh ke sini. Selain itu, ada pelbagai tempat makan yang affordable di sekitar SIDEC dan Bandar Universiti. Ada juga McD, KFC, Pizzahut, Domino's, Secret Recipe. Kira tak adalah kampung sangat. Hellooo even dalam Billion tu pun ada cinema ok! Oh korang boleh keluar naik bas UiTM dengan hanya rm1. Banding dengan teksi ke grab ke ha adalah dalam rm5 ke atas. Bagi I, UiTM SI ni serba cukup daripada UiTM Tapah even UiTM Tapah jauh lagi cantik. Untuk student studio base, dekat luar banyak lagi kemudahan printing macam Kedai Rahmath, Nak Print, Double A dan sebagainya. Memang dekat dalam pun ada kedai printing cuma yelah kalau taknak menunggu atau kedai dalam tutup, bolehlah print dekat luar. Tapi during final week ni, elok kedai dalam atau kedai luar memang akan ramai. Biasa student akan stay up buat kerja dekat luar je. Oh ya student UiTM lepas pukul 11 dah tak boleh masuk that's why ramai akan stay up dekat luar.

Ok next kemudahan untuk korang yang nak balik rumah, boleh naik bas UiTM sediakan tapi depends lah, tak selalu ada, tapi macam hari raya ke apa mesti akan ada! Insya-Allah. If tak ada, korang naiklah bas luar. Terminal Seri Iskandar tak jauh pun dari UiTM. Boleh naik bas UiTM kalau nak ke Terminal. Memang bas akan singgah situ. Jimat sikit. Tapi in case dekat Seri Iskandar dah tak ada bas, korang ambil dekat Terminal Amanjaya, Ipoh. Dekat Ipoh banyak bas. Korang pergi dekat kaunter ticket Terminal Seri Iskandar tu then cakap nak ke Ipoh. Harga dalam rm7-rm10. Dah sampai Ipoh, korang belilah ticket untuk balik. Alternative lain if korang takut naik bas, boleh naik ETS. Tapi agak jauh lah. Korang kena ambil dekat Batu Gajah. Naik teksi dalam rm25-rm30. Naiklah ramai sikit, boleh share duit.

Maaf I tak dapat attach gambar. Harap tak adalah yang kurang. Insya-Allah.

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Untuk menjaga nama baik UiTM sendiri, tak perlulah diceritakan

      Delete
  2. Duduk kolej smpai HBS SEM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far Alhamdulillah I duduk sampai final sem. Kena join activity yang Kolej anjurkan kalau nak duduk kolej untuk sem seterusnya. Final sem pula terpaksa buat rayuan

      Delete